Friday, May 28, 2010

Theory of Everything / String Theory : Memahami Dimensi Dunia

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan” (AlBaqarah ayat 164)


Bermulanya Sebuah Teori: Spring Theory & M-Theory

Orang yang menemukan teori ini berpendapat masalah yang terjadi disebabkan kita salah memandang bentuk zarah.Jadi masalah Fizik yang dihadapi adalah pada ‘bentuk’.Mereka menjelaskan bahawa zarah-zarah yang membentuk alam semesta ini bukanlah berbentuk bulat,tetapi berbentuk tali-temali atau istilahnya ’string’.String berukuran sangat kecil, iaitu berjuta-juta kali lebih kecil dari quark. Untuk membayangkan ukuran string yang sangat kecil ini, bayangkanlah bila sebuah atom adalah sistem solar kita, maka sebuah string berukuran sehelai rumput di bumi. String yang amat kecil ini dianggap hanya memiliki panjang saja (1 Dimensi ruang) bergetar dan variasi getarannya itulah yang menghasilkan apa yang kita lihat sebagai partikel-partikel. Para pengusung teori string ini mengatakan bahawa string adalah satu-satunya bahan asas pembentuk ruang dan waktu. Yang kita lihat sebagai beraneka ragam partikel itu sebenarnya adalah hasil variasi getar string-string yang sama.Maksudnya seperti partikel proton yang membentuk cahaya dan udara berbeza kerana frekuensi getaran string yang berbeza.

Bagaimana String Theory muncul?Pada tahun 1968,seorang ahli Fizik muda berbangsa Itali, Gabriele Veneziano, telah mempelajari persamaan matematik yang menjelaskan daya nuklear kuat. Beliau menemui persamaan ini membuka jalan pada penelitian daya tersembunyi di teras atom. Kemudian penelitian menimbulkan tarikan ilmuwan lainnya, Leonard Suskind dari Stanford University yang melihat bahawa persamaan tersebut menunjukkan sesuatu yang tersembunyi, sebuah partikel yang memiliki struktur dalaman yang boleh melendut dan meregang. Partikel ini bukan berbentuk titik atau bola, namun berbentuk string yang secara alami bergerak lentur.

Michael B. Green dari Cambridge University bergabung dengan Schwarz untuk mengkaji persamaan matematik Teori String ini lebih dalam. Pada tahun 1984 ,mereka berhasil meniadakan keanehan tersebut. Mereka menemukan bahawa partikel aneh yang menjadi halangan teori ini sebenarnya adalah “graviton” iaitu partikel untuk daya graviti. Peristiwa yang sangat bersejarah ini dicatat sebagai salah satu yang menggemparkan dunia. Schwarz dan Green menemukan daya graviti dalam persamaan mereka. Mereka berjaya menghilangkan ‘anomalies’ itu sekaligus mengukuhkan String Theory.Selepas itu semakin ramai yang mengikuti String Theory ini sehinggalah mereka menemui masalah lain di mana String Theory ini melibatkan dimensi tambahan.

Kemudian pada tahun 1995, pada konvensyen Fizik sedunia, seorang ahli Fizik yang kemudiannya menjadi sangat terkenal, iaitu Edward Witten, dari Institute for Advance Study, menerbitkan kertas kerjanya. Edward Witten digelar sebagai orang tercerdas di planet bumi ini dan mendapat panggilan “the true successor of Einstein”, beliau berhasil menggabungkan kelima teori string menjadi sebuah teori tunggal iaitu M-Theory.

M-Theory menjelaskan:

-String berbentuk tali teramat kecil yang memiliki panjang sahaja (1 dimensi) dengan kedua hujungnya terbuka (open loop).

-Terdapat string yang merata sehingga memiliki panjang dan lebar (2-dimensi), membentuk membrane (disingkat, “brane”) atau sebuah lembaran amat tipis. Kita sebut ini sebagai 2-brane. Sedangkan string 1 dimensi disebut dengan 1-brane.

-Kedua ujung string 1-brane harus melekat / bertumpu pada 2-brane

Suatu perbezaan ketara dari M-Theory ialah dimensi tambahan yang dikatakan itu bukanlah teramat kecil malah,M-Theory memberi gambaran pada kemungkinan yang berlawanan, iaitu dimensi-ruang tambahan itu berukuran sangat besar. Kita mungkin hidup di alam semesta 3 diemensi-ruang yang berada di dalam sebuah dimensi-ruang yang lebih besar lagi,bahawa alam semesta kita berupa membrane 3 dimensi ruang atau 3-brane, dan alam 3-brane kita berada di dalam alam berdimensi lebih tinggi iaitu alam 4 dimensi-ruang atau 4-brane.Agar lebih mudah difahami konsep membrane ini, bayangkanlah bahawa kaca televisyen anda adalah sebuah dunia dua dimensi. Semua karakter di dalam televisyen hidup di alam dengan 2 dimensi-ruang saja (hanya memiliki dimensi panjang dan lebar) mereka tidak memiliki dimensi ruang ke-tiga. Mereka tidak tahu dan tidak menyedarinya. Jarak antara mata anda ke kaca televisyen adalah sebuah dimensi-ruang ketiga yang tidak dimiliki alam dalam televisyen itu,atau boleh kita katakan bahawa untuk menemukan dimensi tambahan, maka makhluk yang hidup di dimensi kaca televisyen harus keluar dari kaca televisyen tersebut.Sampai tahap ini apakah anda sudah dapat membayangkannya? Sekarang cuba bayangkan alam semesta kita adalah kaca televisyen tersebut. Televisyen dengan 3 dimensi ruang. Maka jarak antara pemerhati lain di luar televisyen ke kaca televisyen itu adalah dimensi ruang keempat yang tidak dimiliki oleh alam kita. Alam di luar alam kita adalah sebuah alam semesta yang memiliki 4 dimensi-ruang.Sekarang bayangkan bila alam semesta dengan 4 dimensi-ruang itu adalah sebuah kaca televisyen. Maka jarak antara pemerhati lain di luar televisyen ke kaca televisyen itu adalah dimensi ruang kelima yang tidak dimiliki oleh alam 4 dimensi-ruang.

string5

Alam semesta kita iaitu 3-brane berada di membrane yang lebih tinggi; 4 brane,atau dengan kata lain alam 3-brane kita dibungkus oleh alam 4-brane. M-Theory mengatakan bahawa alam 3-brane kita memiliki kemungkinan wujud berdampingan dengan alam 3-brane lainnya (parallel universe). Ada berapa banyak parallel universe? Tidak ada yang tahu.Infiniti.

Lalu dimana dimensi 5, 6, 7, 8, 9, dan 10?
Mari kita lanjutkan lagi membayangkannya. Bila alam 3-brane dibungkus alam 4-brane, maka:
Alam 3-brane dibungkus oleh alam 4-brane (lapis 1)
Alam 4-brane dibungkus oleh alam 5-brane (lapis 2)
Alam 5-brane dibungkus oleh alam 6-brane (lapis 3)
Alam 6-brane dibungkus oleh alam 7-brane (lapis 4)
Alam 7-brane dibungkus oleh alam 8-brane (lapis 5)
Alam 8-brane dibungkus oleh alam 9-brane (lapis 6)
Alam 9-brane dibungkus oleh alam 10-brane (lapis 7)
“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat?”
(Nuh ayat 15)

Jadi alam semesta kita dibungkus oleh alam lainnya yang berdimensi-ruang lebih tinggi. Dan di setiap membrane (Matrix yang membungkus) terdapat ‘parallel universe’.Matrix di dalam Matrix.Dimensi masa pula dimiliki oleh semua alam-alam ini.


Rahsia Alam Melalui Kajian Metafizik

Mari kita ulangkaji kembali berkenaan M-Theory.Di dalam penjelasan di atas kita tahu bahawa alam semesta ini dibentuk oleh bahan asas yang disebut string.String ini terdiri dari dua jenis;string tertutup (close loop) dan string terbuka (open loop).String terbuka tidak boleh tidak pasti akan tertambat pada membran.MEMBRAN MEWAKILI ALAM KITA;ALAM FIZIKAL KITA.Alam yang kita tahu,dirasa,disentuh,dilih
at,didengar dan dibau.String yang tertambat mewakili sifat-sifat alam fizikal kita.Tidak kira,adakah ia berupa daya atau tenaga.Contohnya daya elektromagnet dan tenaga haba.Ini adalah contoh string terbuka.Ia tertambat pada membran jadi ia dapat dikesan di alam 3 dimensi ruang kita.Tetapi ada entiti lain yang tidak tertambat pada membran.Apabila string tertutup,bayangkan satu gelang getah.Ia tidak mempunyai hujung-hujung yang dapat ditancap pada membran,jadi ia akan bebas melayang-layang malah boleh hinggap antara membran-membran lain (parallel universe).Jadi entiti ini ghaib pada pandangan mata kita. .Apakah contoh entiti string tertutup? Contoh yang paling mudah ialah graviti.

Pada tahun 1861,seorang ahli Fizik British,James Clerk Mazwell telah menerbitkan satu kertas kerja yang berjudul “On Physical Lines of Force”.Ini membuka satu penemuan yang besar,elektromagnet.Beberapa lama selepas kematiannya pada tahun 1879,ketika Einstein popular dengan relativitinya,kertas kerja Maxwell telah dikaji oleh para saintis dan ini diajukan kepada Einstein.Mereka yakin jika daya graviti memerlukan ruang untuk melengkungkannya maka daya elektromagnet juga perlukan satu medium untuk bergerak.Tetapi di mana?Untuk menjawab soalan ini para saintis telah mencadangkan satu dimensi ruang tambahan supaya daya tersebut merambat.Einstein menerima idea ini.Tetapi di mana dimensi tambahan ini?Mengapa kita tidak dapat melihatnya????

Dari sinilah Einstein mendapat ilham tentang ‘Unified Theory’nya.Beliau berpendapat untuk memahami alam ini secara menyeluruh maka daya elektromagnet ini mestilah disatukan dengan daya graviti.Sejak itu,Einstein telah menghabiskan seluruh hidupnya mengkaji Unified Theory.Apabila Neils Bohr memperkenalkan model atomnya yang terdiri daripada proton,elektron dan neutron,orang mula berfikir tentang alam semesta yang kecil.Ini menghantar pemikiran manusia ke dunia sub-atomik.Di sinilah lahirnya Quantum Physics.

Bayangkan sebuah bola besi berukuran bola sepak beratnya 1kg dan sebuah guli besi juga beratnya 1kg.Letakkan bola sepak besi tadi ke dalam sebuah trampolin.Kemudian alihkan bola sepak besi tadi dan letakkan pula guli besi tadi.Pada fikiran anda,yang manakah lebih melendutkan permukaan trampolin?Pada jisim yang sama,objek yang lebih kecil AKAN LEBIH MENUMPUKAN DAYA GRAVITI.Oleh kerana kuatnya daya graviti ketika bintang runtuh maka semua yang ada di sekelilingnya akan ditarik sehingga cahaya pun tidak dapat lepas!Apabila ini terjadi,kita tidak dapat melihat kewujudan bintang runtuh itu.Kewujudannya hanya dapat dikesan di zon gelap di alam semesta yang memiliki graviti yang kuat.Inilah yang dipanggil BLACK HOLE (lohong hitam).Partikel-partikel cahaya yang disebut foton yang jatuh ke dalam lubang hitam tidak akan dapat melepaskan diri.Namun pada jarak tertentu dari pusat lubang hitam dimana daya graviti tidak terlalu kuat sehingga cahaya masih dapat bertahan untuk tidak jatuh namun terlalu lemah untuk mampu lepas, maka cahaya tersebut hanya dapat melayang-layang di situ. Jarak ini disebut horizon peristiwa (event horizon). Dinamakan demikian karena dipercayai jika cahaya berhenti bergerak, maka waktu setempat ikut berhenti.


The Parallel Universe

Di dalam dunia Fizik,terdapat satu teori yang dapat menjelaskan keberadaan segala entiti yang dipanggil jin dan syaitan ini.Teori ini dikenali sebagai Parallel Universe,kesinambungan dari Superstring Theory.Mengikut teori ini,dunia yang kita duduki ini sebenarnya berada di dalam dimensi lebih besar.Istilahnya,dunia kita ‘terbungkus’ di dalam dimensi Matrix yang lain,yang lebih besar.

Inilah asas kepada apa yang dikatakan Dunia Yang Selari.Dengan kata lain terdapat dunia lain yang sama dimensi dengan kita tetapi deria kita tidak dapat menyentuhnya.Mengapa?Kerana terdapat satu konsep lain yang akan menerangkan mengapa dunia-dunia ini berkongsi hidup dan tempat tinggal dengan kita,tetapi pada masa yang sama kita tidak dapat melihat mereka,menyentuh mereka atau mendengar mereka bercakap-cakap.Di dalam Parallel Universe,terdapat banyak dunia yang berkongsi dalam satu tingkat Matrix.Dunia-dunia ini berhidup dalam peraturan mereka yang tersendiri.Tidak diketahui berapakah jumlahnya dan apakah yang ada di dalamnya,tetapi setiap subMatrix ini sudah pasti memiliki format dan setup yang berbeza dari Matrix manusia,atau lebih tepat lagi Matrix di mana manusia dapat mengesan melalui derianya.Di dalam dimensi asas ini manusia cuba untuk memikirkan banyak perkara.Salah satunya cahaya.Cahaya telah lama menarik minat manusia untuk mengkaji alam ini.Apakah yang menjadikan cahaya?Adakah ia mempunyai berat?Adakah ia berjisim?Ini membuka persoalan yang lebih besar,adakah kita boleh menyeberang ke dimensi lain?

“Malaikat dicipta daripada cahaya, jin dicipta daripada api dan manusia dicipta daripada apa yang diceritakan kepadamu (tanah)”. (Hadis Nabi diriwayatkan oleh Muslim)


Rahsia Tingkatan Dimensi Di Dalam Matrix

Bayangkan kita makhluk yang hidup di dalam alam 3 dimensi.Kita punya panjang,lebar dan dalam.Bayangkan lukisan diri kita di atas sehelai kertas.Lukisan ini tidak memiliki ruang 3 dimensi.’Kita’ di dalamnya tinggal di dalam dunia 2 dimensi,hanya memiliki panjang dan lebar sahaja.Bagaimanakah kita ingin mengetahui kehidupan ‘kita’ di dalam lukisan ini?Ini bermakna kita haruslah menukarkan setiap atom-atom 3 dimensi kita kepada atom-atom 2 dimensi (dan ini sudah pasti melibatkan kadar getaran string tertentu) supaya dengan itu dapatlah kita bersama-sama diri ‘kita’ di dalam lukisan tadi dan dapat mengetahui berapa ukuran ‘dalam’ atau isipadu mahupun berat badan kita di dalam dunia 2 dimensi itu.Potret kita tadi mewakili dunia 2 dimensi.Jika kita berdegil tidak mahu membuang 1 dimensi ruang (dalam hal ini kedalaman dibuang),maka ketika kita di ‘transform’ kan ke dunia 2 dimensi,diri kita akan musnah dan ghaib begitu sahaja,kerana struktur atom-atom kita akan terpecah-pecah dan disiat-siat di dalam Matrix yang tidak membenarkan entiti 3 dimensi memasuki alam 2 dimensi.


Ini samalah seperti perbezaan ‘interpolation’ atau jenis ‘graphic accelarator’ permainan komputer yang berbeza.Grafik permainan yang berasaskan OpenGL atau Nvidia GeForce versi terkini tidak dapat menerima pemecut grafik yang berfasiliti rendah seperti Intel GMA X3100 atau Intel® Graphics Media Accelerator kerana tidak dapat menampung interpolasi dan keperluan grafik yang tinggi.Jika dipaksa memainkan permainan di dalam komputer yang tidak memiliki keperluan pemecut grafik tersebut,maka permainan komputer tadi akan ‘crash’ atau jika bernasib baik,dapat bermain di dalam keadaan grafik yang ‘kotor’ dan dengan warna yang bercelaru dan grafik yang terpecah-pecah.INI MENERANGKAN MENGAPA RUPA SYAITAN DAN JIN YANG MAMPU MUNCUL SEKETIKA DI ALAM MANUSIA MEMILIKI GRAFIK YANG ‘KOTOR’ DAN MENYERAMKAN.JASAD FIZIKAL KITA AKAN MUSNAH JIKA MENGEMBARA KE ALAM-ALAM LAIN.CUMA ROHANI DAN MINDA YANG DAPAT MENERJAH KE ALAM-ALAM YANG ABSTRAK INI !!

Apa akan jadi jika kita mahu melawat ke dunia yang mengandungi 4 dimensi ruang?Aha…kita perlulah menambah satu lagi dimensi ruang di dalam struktur atom-atom jasad kita,untuk memunculkan diri ke di dalam dunia 4 dimensi ruang.Apakah 1 dimensi ruang yang perlu ditambah itu?Kita tidak dapat melihatnya di dunia 3 dimensi kita ini.Mungkin juruteknik yang kita import dari dunia 4 dimensi dapat melakukan semua untuk kita.Kita hanya dapat melihat 1 dimensi ruang tambahan ini apabila kita berjaya memunculkan diri kita di dunia 4 dimensi ruang.Ketika itu barulah kita akan berkata:”Oh,begini rupanya 1 dimensi tambahan itu”

Sama seperti yang berlaku jika kita mahu masuk ke dalam dunia 2 dimensi,jika kita terlupa menolak 1 dimensi ruang ini ketika mahu muncul di dalam dunia 2 dimensi,maka kita akan termusnah begitu sahaja atau muncul dalam keadaan cacat dan hodoh kerana kekurangan sifat.Makhluk-makhluk 2 dimensi ruang akan lari ketakutan apabila melihat rupa kita yang hodoh lagi menyeramkan itu.JIka kita bernasib baik,mungkin kita hanya akan ditertawakan oleh mereka kerana rupa kita yang pelik itu.Mungkin ada kru-kru Seekers di kalangan mereka akan cuba untuk menangkap kita dan dijadikan bahan kajian.

Kita tidak akan mampu menyeberangi alam-alam lain jika kita bergantung kepada ALAM FIZIKAL KITA. Jasad kita tidak akan mampu ke mana-mana selain di alam Matrix yang terhad ini.Hanya minda yang fokus dan rohani yang kuat,dapat menyelami rahsia alam semesta. Wallahualam…

Pengetahuan mengenai konsep metafizik ni memang tersangat luas tetapi ilmu manusia itu seringkali terbatas. Banyak persoalan yang mungkin timbul dalam memahami ilmu metafizik ini seperti hubungkait gelombang frekuensi ini dengan tenaga alam. Setiap gelombang frekuensi membiaskan cahaya-cahaya tertentu pada dimensi-dimensi tertentu.

0 comments:

Post a Comment