Monday, September 13, 2010

PENDEDAHAN TERBARU MUSLIHAT KAUM KAFIR



“Jika matahari telah terbit dari arah barat dan orang-orang melihatnya, maka mereka semua beriman. Pada saat itu iman seseorang tidak lagi berguna untuk dirinya selama dia belum beriman sebelumnya atau memperoleh kebaikan dalam imannya.” (HR. al-Bukhari 7/190 dan Muslim 157)

Dibawah ini adalah salinan email dari pada seorang sahabat yang menceritakan dan mendedahkan muslihat kaum kafir untuk menjatuhkan Islam dengan mengunakan kepercayaan umat Islam atau erti kata lainnya dengan membenarkan kepercayaan umat Islam tentang tanda kiamat (terbitnya matahari disebelah barat).
P/S : Email ini telah diubahsuaikan untuk merahsiakan sesetengah nama dan pekara yang perlu dirahsiakan untuk memastikan keselamatan sesetengah pihak.
Assalammualaikum ..
Sahabatku , 3 hari yang lepas aku menerima kedatangan Dr. C bersama sahabatnya dan Dr. C memintaku menyampaikan salamnya kepadamu.
Kedatangan Dr. C bersama sahabatnya kali ini dengan satu pendedahan yang terbaru dan beliau meminta aku menyampaikannya kepadamu.
Dr. C memberitahuku bahawa kumpulan-kumpulan sulit kafir telah membuat perancangan yang baru bagi memesongkan pandangan umat Islam. Perancangan yang terbaru ini agak tersusun dan agak berlainan dari perancangan-perancangan yang sebelumnya terdahulu. Motif utama perancangan ini adalah untuk menjatuhkan umat Islam dari segi ekonomi atau erti kata lainnya memutuskan umat Islam terhadap dunia.
Kumpulan ini telah menggunakan beberapa saluran untuk kononnya ‘membenarkan’ kepercayaan umat Islam tentang tanda kiamat iaitu terbitnya matahari disebelah barat.
Sesungguhnya tanda-tanda kiamat adalah benar dan tanda terbitnya matahari disebelah barat juga benar tetapi tarikh berlakunya adalah rahsia Allah s.w.t. Kepercayaan kaum kafir terhadap tanda-tanda kiamat merupakan satu hikmat tetapi mereka (kumpulan sulit) telah mentarikhkan tanda kiamat itu.
Tujuan mereka mentarikhkan tanda kiamat itu adalah bertujuan untuk mematikan usaha umat Islam terhadap kehidupan dunia kerana mereka mengetahui apabila umat Islam mengetahui tarikh berlakunya tanda kiamat yang besar itu pastinya umat Islam akan memberikan tumpuan 100% kepada amalan agama dan pastinya umat islam akan meninggalkan 100% kehidupan dunia mereka dan ini pastikan akan menjatuhkan ekonomi umat Islam dan membuatkan umat Islam kembali mundur.
Apabila umat Islam kembali mundur maka mereka akan bertindak ke atas umat Islam dengan menyeluruh dan seterusnya melengkapkan perancangan yang telah mereka aturkan sejak sekian lama dahulu.
Perancangan jahat ini telah bermula dengan pengakuan dan pertemuan yang dilakukan oleh saintis-saintis barat tentang kebenaran tanda kiamat. Perancangan jahat ini dilakukan adalah sebagai pelan backup terhadap pelan-pelan yang gagal mendapatkan hasil seperti movie tentang kiamat dan video-video clip yang mereka sebarkan melalui youtube, facebook dan sebagainya.
Dr. C juga memberitahu bahawa pihak kafir juga mewujudkan pelbagai page di Facebook yang berlandaskan Islam tetapi pada dasarnya adalah untuk melagakan dan memecahkan umat Islam. Sekarang ini pihak kafir sedang giat mengkaji Hadis-hadis dan Al-Quran untuk dijadikan senjata untuk memusnahkan umat Islam.
Setakat ini sahaja yang aku sampaikan dan semoga pendedahan yang tidak seberapa lebar ini dapat membuka mata umat Islam.

2 comments:

Aku Hamba Tuhan Kepada Muhammad said...

sedihnya kalau x cukup ilmu tntang islam... x rugi pon klu x de kemajuan dr segi bangunan atau teknologi, yg pnting roh tu yg terbangun. Aku rase email tu satu penipuan licik yahudi. Cube teliti point: meninggalkan kehidupan dunia. Sydina Ali sangat takut dengan tipuan dunia. Org paling cerdik adlah org yg mengingati mati. Buat apa kalau teknologi hebat, bangunan tinggi menjilat langit. Tp nafsu lebih teruk dari haiwan? Wallahualam..

Cendawan said...

assalammualaikum saudara yang meninggalkan komen diatas ..

pertamanya dahulu saya memaohon maaf kerana terlalu lama untuk membalas komen saudara kerana saya sibuk dengan blog yang satu lagi sehingga terabai blog ini dan keduanya, apakah saudara memahami dengan jelas perenggang ini "Tujuan mereka mentarikhkan tanda kiamat itu adalah bertujuan untuk mematikan usaha umat Islam terhadap kehidupan dunia kerana mereka mengetahui apabila umat Islam mengetahui tarikh berlakunya tanda kiamat yang besar itu pastinya umat Islam akan memberikan tumpuan 100% kepada amalan agama dan pastinya umat islam akan meninggalkan 100% kehidupan dunia mereka dan ini pastikan akan menjatuhkan ekonomi umat Islam dan membuatkan umat Islam kembali mundur .. " ?

pesanan Nabi s.a.w.: sekiranya kiamat hampir berlaku, sedangkan di tanganmu masih ada biji benih, maka tanamlah dulu biji benih itu sebelum kiamat terjadi ..

yg mana ianya menggambarkan supaya tidak memandang dunia di hadapan kita dgn pendekatan yg negatif dan putus harapan .. sehingga hampirnya berlaku kiamat tidak menjadi faktor perkiraan masa yg menghalang dari aktiviti dunia untuk diteruskan ..

Post a Comment