Friday, December 10, 2010

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz PENGKHIANAT BANGSA!

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Pencipta lagu kontroversi, Wee Meng Chee atau mesra dikenali sebagai “Namewee” hari ini mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz sambil mengadu bahawa berhadapan dengan masalah mendapatkan geran bagi menghasilkan filem Nasi Lemak 2.0.


Namewee menjelaskan kepada Nazri bahawa projek filem 1 Malaysia itu yang berjudul Nasi Lemak 2.0 tidak dapat dijayakan sejak lapan bulan lalu kerana masalah kewangan.
“Saya seorang rakyat yang patriotik. Saya sentiasa menunjukkan rasa cinta terhadap negara saya menerusi kebanyakan video Youtube dan malah menghasilkan dokumen DVD berjudul ‘Saya mahu balik rumah’... sedihnya tidak seorang pun tahu perkara ini kerana media arus perdana sentiasa memilih untuk menggambarkan video kontroversi saya dan menjadikan saya seorang bersikap sebaliknya, macam hantu,” kata Namewee.

Nazri mengulangi bahawa tiada tindakan akan dikenakan ke atas Namewee meskipun dia berhadapan dengan tekanan beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional, menggesa agar dia dihukum sebagaimana pengetua Siti Inshah Mansor, pengetua yang didakwa mengeluarkan kenyataan rasis, dikenakan hukuman.

“Undang-undanga adalah undang-undang, ia sangat jelas. Orang yang boleh mengambil tindakan ke atas dia ialah pengetua itu sendiri, di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Terpulang kepada beliau, tetapi sehingga hari ini guru itu tidak mengambil apa-apa tindakan. Jika guru itu sendiri tidak mahu mengambil tindakan, apa hak yang pihak lain ada?” kata Nazri.

Namewee berkata dia berhadapan dengan masalah kewangan itu sejak lapan bulan yang lalu.

Katanya dia sebelum ini mendakwa dikenakan syarat kerajaan yang menetapkan sebahagian besar skrip perlu dalam bahasa Malaysia untuk dipertimbangkan memperoleh geran.

Namewee juga melahirkan hasrat untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk meluahkan masalah yang dihadapinya dan juga pembikin filem yang lain.

Nazri berkata beliau akan membawa permintaan itu ke perhatian Najib ketika mesyuarat Kabinet esok.

Nazri juga merayu kepada rakyat Malaysia agar tidak mengecam penyanyi muda itu.

“Dia seorang yang muda, Namewee disalah faham dan disalahertikan oleh media arus perdana.

“Saya tidak fikir Namewee mahu atau berhasrat untuk terlibat dalam politik, kita tidak harus mengheret dia ke dalam bidang yang dia tidak suka,” kata Nazri kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen.

0 comments:

Post a Comment