Friday, May 7, 2010

BANGSA YANG HILANG (THE LOST TRIBE)

Apakah kepentingan mencari bangsa yang hilang bagi Yahudi? Bagi Yahudi Ortodoks tiada apa kepentingan yang amat perlu pun.Jika ada,hanyalah untuk menjejak sejarah mereka sahaja.Tetapi bagi Yahudi Zionis,teramat perlu.KERANA MEREKA AMAT PERCAYA DENGAN RAMALAN DI DALAM KITAB-KITAB AGAMA LEBIH-LEBIH LAGI DI DALAM AL-QURAN.Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno,terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu:

1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin



The Book Of Mormon.

Nephi 29:13
13 And it shall come to pass that the Jews shall have the words
of the Nephites, and the Nephites shall have the words of the
Jews; and the Nephites and the Jews shall have the words of the
lost tribes of Israel; and the lost tribes of Israel shall have
the words of the Nephites and the Jews.

Nephi 29:14
14 And it shall come to pass that my people, which are of the
house of Israel, shall be gathered home unto the lands of their
possessions; and my word also shall be gathered in one. And I
will show unto them that fight against my word and against my
people, who are of the house of Israel, that I am God, and that I
covenanted with Abraham that I would remember his seed forever.


Di dalam 12 puak yang hilang ini,hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi.Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim.Mengikut satu kitab Yahudi, satu 'lost tribe' Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin.

Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula,ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan , Pakistan Utara (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador , sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.

Namun begitu kesemua mereka tahu tentang asal-usul mereka (bercanggahan dengan prinsip 'lost tribe'). Termasuk di Afghanistan dan Pakistan Utara juga (namun yang beragama Islam cuma di Afghanistan dan Pakistan Utara - sebab itu mereka diserang oleh Yahudi Amerika dan Russia).Dalam pada itu, seorang professor di Amerika bernama Ralph Olssen telah membuat hipotesis baru. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Kemudian Prof Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu mengenai salasilah keturunan Bani Israel mereka. MALA ADALAH THE LOST TRIBE YANG SEBENAR,LEBIH TERSEMBUNYI DARI THE TRIBE OF DAN.Jadi kalau berpandu kepada kitab Yahudi tua bahwa 'lost tribe' dari kalangan Manasseh (anak Nabi Yusuf a.s.) yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia adalah terdiri daripada orang-orang Melayu. Ini tidak bercanggahan dengan mana-mana hadis mengenai Imam Mahdi.

Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi, sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel , iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh , iaitu anak kepada Nabi Yusuf a.s. . Nabi Yusuf ada 2 orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim).

Mengikut DNA yang dilakukan kepada 86 lelaki Melayu oleh seorang professor perempuan di UKM baru-baru ini, terdapat 27% variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah dari bangsa Euro-Semitik termasuk dari Bani Israel!

Hipotesis ini terdapat separuh kebenaran di dalam kesamaran.Orang Melayu bukanlah 100% berasal dari keturunan Manasseh (Yahudi Kuno) tetapi teori Ralph Olssen mengenai pengembaraan bangsa yang hilang 'the lost tribe' ke Bumi Mala adalah sesuatu yang menarik dan amat bertepatan dengan apa yang dibincangkan sebelum ini.Kenapa Ralph Olssen menyebut Tanah Melayu ini 'Bumi Mala'?Apakah yang diceritakan di dalam manukrip kuno tentang satu bangsa misteri yang berjalan dan berlayar ke hujung dunia? Mari kita lihat kembali nama Bangsa 'Mada' (dalam sebutan Iran Kuno) ketika pemerintahan Assyria.Kenapa kita hendak mengkaji bangsa Mada/Media/Madyan ini?

"Now the sons of Keturah, Abraham's wife:she bare Zimran, and Jokshan, and Medan, and Midian, and Ishbak, and Shuah. And the sons of Jokshan; Sheba, and Dedan." (Genesis 1:32)

Bangsa Madayu adalah saudara kepada bangsa-bangsa dalam kelompok keturunan Keturah.Dalam bahasa Avestan (bahasa keagamaan kuno Parsi Purba) kata 'yu' adalah suffix yang merujuk kepada 'mind','brain' atau 'mentaliti'.Ia adalah 'instrumental suffix' (sukukata yang ditambahkan dihujung perkataan) yang jika dilihat secara keseluruhan merujuk kepada 'the mode of thinking' atau identiti sesuatu berdasarkan pemikiran yang boleh juga sebagai menerangkan cara hidup,budaya atau peradaban.Jadi 'yu' dalam slanga bahasa Avestan yang juga adalah ibu kepada sanskrit, adalah merujuk kepada 'bangsa' atau 'budaya'.Jadi perkataan 'Madayu' bermaksud 'Bangsa Mada'.

Ingin pergi lebih jauh?Menjejaki jejak sendiri lebih sukar rupanya dari menjejak bangsa orang lain.

Sekadar renungan,siapa yang berhenti menjejak Melayu hingga ke Vietnam,maka hanya itulah asal keturunannya.Jika ada yang mendakwa Melayunya dari Yunnan,maka Yunnan lah Melayunya itu.Siapa yang berkata Melayu itu pernah tinggal di Tibet,di kaki gunung Himalaya,dia telah sampai ke separuh perjalanan bangsanya.Tidak mengapa.Jika semuanya betul pun masih tidak mengapa.Mengapa?KERANA MELAYU ADALAH BANGSA YANG MENURUNKAN PELBAGAI KETURUNAN ASIA YANG LAIN.

Mungkin mereka betul.

Mungkin tiada siapa yang salah dalam hal ini.Mungkin Teori Kapak Tua Dari Asia Tengah betul.

Atau gendang Dongson, juga puak Hoabihn.

Bukan sahaja para sarjana Barat malah kita sebagai pewaris Kemelayuan ini juga hanya mendapat serpihan puzzle yang berbeza-beza.

Kita semakin menghampiri kepada kemuncak tajuk. Segala puzzle hampir selesai. Cuma tinggal sedikit saja lagi mengenai misteri bangsa MIM ini. Apakah itu MIM dan apa kaitannya dengan MELAYU pula. Mari kita selesaikan misteri ini dengan secepat mungkin dan dengan padat.

Seperi yang saya terangkan sebelum ini, Wasiat Nuh menyuruh bangsa MIM dan anak cucunya menuju ke pentas sunda yang tenggelam. Ini kerana, Pentas sunda adalah tanah paling tinggi dan di kenali sebagai IBU TANAH. Tiap perkara mempunyai 'center' atau tempat kelahiran. Begitu juga dengan tanah. Tanah telah berkembang dari daratan pentas sunda yang ketika itu hanya ada satu benua semata-mata. Pentas sunda tetap di situ akan tetapi seperti yang saya beritahu tadi, tiap perkara harus ada batasnya. Jadi, pentas sunda harus 'mati'. Tapi, penciptaan dunia dan akhirat mempunyai 'LAW' dia tersendiri. Tiap yang 'mati' akan 'bangkit' kembali. Seperti manusia yang mati, akan di bangkitkan di alam barzah dan kemudiannya di alam akhirat. Tapi sebenarnya, Alam barzah itu hanyalah 'pit stop' atau hentian semata-mata. Begitu jugalah semua perkara. Sebelum di bangkitkan semula, akan ada 'hentian seketika' sebelum kebangkitan sepenuhnya berlaku.

"Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain."
(Ayat 6 surah al-An’aam)

Jika musnah sesuatu bangsa atau kaum itu, akan bangkit sesuatu kaum dari kaum yang di binasakan itu dengan yang lebih baik. Kita adalah generasi dari kaum-kaum yang telah di musnahkan kerana itu adalah sunnatullah. Tapi, kita harus ingat bahawa tiap kaum dan bangsa baik yang ada sekarang tetap akan mengalami proses yang serupa andai kata mereka tidak kembali ke jalan ALLAH. Tapi, ada suatu bangsa ini tidak akan musnah selama-lamanya.
Bangsa ini adalah bangsa MIM. Kenapa tidak dapat di musnahkan..hebat sangatkah?!

Ya, cukup hebat. MIM ini harus wujud kerana itu adalah 'perintah' pada ADAM dan warisnya (Nabi Nuh,Ibrahim,Musa) sehinggalah dunia dikiamatkan.

0 comments:

Post a Comment