Wednesday, September 22, 2010

DIMENSI MEMENJARAKAN MANUSIA

0 comments


Akal merupakan  salah satu nikmat dan hikmat pemberi Allah s.w.t kepada manusia dan akal jugalah yang menjadi sumber dan punca (sumber dan punca utama adalah Allah s.w.t dan akal bukanlah satu-satunya sumber dan punca yang wujud didalam diri manusia) kepada kelahiran pengetahuan bagi setiap manusia.
Namun akal mempunyai hak dan sempadannya yang tersendiri. Manusia yang cerdik didalam pelajaran tidak semestinya cerdik didalam soal kehidupan.
Akal memandang dan berfikir hanya pada dimensinya dan akal tidak mampu memandang kepada luar dari dimensinya. Pemikiran dan pandangan akal hanya terhad didalam kotak dimensi dan kerana dimensi yang terhad inilah yang menyebabkan manusia terpenjara atau erti kata lainnya ‘dimensi memenjarakan manusia’.
Akal juga mempunyai skop-skop atau sempadan-sempadan kecilnya yang tersendiri. Ibaratnya dimensi asal akal atau had sempadan asal adalah ‘negara’ dan skop-skop atau sempadan-sempadannya adalah ‘negeri-negeri’, ‘daerah-daerah’ dan ‘kampung-kampung’.
Sesetengah manusia hanya mempunyai akal yang bersaiz negeri, daerah dan kampung. Dan disebabkan akal yang berskop dan berskala inilah wujudnya pandangan dan pengetian yang sempit yang menyebabkan sesetengah manusia itu tidak mampu meletakkan diri mereka pada tempat orang lain.
Disebabkan inilah wujudnya perbezaan pendapat dan perbezaan fahaman. Mereka yang berada didalam skop mereka tersendiri tegar menyatakan bahawa mereka adalah benar dan betul walaupun pada dasar dan hakikatnya mereka tidak benar dan betul.
Sebagai manusia yang beragama Islam. Seharusnya pemikiran kita tidak hanya terhad kepada skop-skop kecil sahaja malahan tidak juga sekadar hanya terkurung pada dimensi akal yang asal kerana Allah s.w.t bukan hanya memberikan akal sebagai sumber atau punca yang tunggal kerana selain daripada akal wujudnya hati iaitu ‘pembenar kepada yang benar’ atau erti kata lainnya ‘hakim’ didalam diri setiap manusia Islam.
Dimensi hati amat berbeza dari dimensi akal kerana demensi hati lebih luas dan meluas dari akal. Akal hanya cenderung kepada apa yang didalam pandangannya (logik). Dimensi manusia akan bertambah meluas apabila wujudnya penyatuan atau persatuan antara akal dan hati, namun begitu penyatuan atau persatuan ini tidak dapat berlaku akibat daripada dimensi akal yang terhad, dimana pemikiran akal manusia tidak dapat menghuraikan sesuatu yang mendalam dan malahan menafikan kewujudan ‘akal hati’.
Akibat daripada penafian inilah yang membuatkan manusia zaman sekarang terpenjara didalam dimensi akal mereka sendiri dan pemikiran mereka hanya mampu berlegar didalam dimensi mereka sahaja dan membuatkan mereka lemah.
Pada zaman ini kecerdikan akal amat disanjung oleh manusia, pelbagai-bagai gelaran dan taraf diberikan sebagai tanda penghormatan kepada kecerdikan akal. PhD, Master, Degree dan Diploma adalah antara taraf-taraf sanjungan yang diberikan kepada kecerdikan akal.
Namun, pangkat-pangkat ini hanyalah pengiktirafan terhadap skop-skop tertentu akal sahaja. Sebagai contoh seorang doctor perubatan hanya sekadar doctor dan jika wujud percambahan skop (erti kata lain ‘dwipemikiran’ atau ayat yang senang ‘menguasai lebih dari satu bidang’) ia masih dikatogerikan didalam dimensi akal kerana sememangnya lumrah akal ialah untuk menguasai ilmu dunia.
Sebagai contohnya untuk melihat kedaifan dimensi akal. Jika digunakan akal 100% tanpa membabitkan pengaruh hati, seperti contoh Darwin, dimana dia menyatakan bahawa asal kejadian manusia itu adalah daripada evolusi beruk (dia memang keturunan beruk). Pendapat ini berlaku adalah akibat daripada  akal yang melihat kepada ‘sistem logik’ yang terkandung didalam dimensi akal.
Pendapat ini ditentang hebat oleh umat Islam (ada juga yang percaya) kerana kepercayaan terhadap Islam, namun apakah akan berlaku pernentangan ini jika umat Islam tidak mempunyai kepercayaan terhadap agama? Seperti komunis? …
 
Darwin itu bukan Islam tapi ada juga orang Islam seperti Darwin tetapi didalam lain kes. Seperti yang berlaku di sebuah negara, mayat yang telah dikebumikan selama lebih 20 tahun tetapi masih lagi tidak reput. Apa pendapat dan pandangan kalian? Bukankah itu menunjukkan kekuasaan Allah s.w.t? Tapi ada pandangan seorang pakar, mayat itu tidak reput adalah kerana tanah tempat mayat itu dikebumikan mengandungi tahap kapur yang tinggi dan sekalis gus ia mengawet mayat itu dan menghalanginya daripada mereput. Inilah dimensi akal. Dimensi akal pakar tersebut hanya pada logik skopnya pemikirannya sahaja (inilah tanda matinya akal hati).
Jika pakar tersebut menyatakan bahawa pendapatnya tentang mayat tersebut adalah disebabkan persoalan yang diutarakan kepadanya berkisar kepada bidangnya, maka sekali lagi dapat membuktikan bahawa itulah dimensi akal, daifkan pemikiran akal sehinggakan mampu mengenepikan keyakinan hati.
Didalam persoalan takdir pula. Akal bertindak kepada konsep ‘berusaha’. Slogan akal ‘tiada usaha tiada hasil’. Bila berusaha dan usahanya mendapatkan hasil maka itulah hasil usahanya (kata akal dan orang yang pakai akal) tapi apabila berusaha tetapi tetap tidak berhasil, apa pula katanya? Katanya itu adalah takdir Tuhan. Itu membuktikan dimensi akal itu terlalu terhad dan dimensinya berubah bila berlaku perubahan sifat keadaan atau erti kata lainnya dimensi akal itu berubah dari skop kepada skop yang lain apabila mengalami kesan atau sesuatu keadaan yang tidak dapat dihuraikan dan menyebabkan akal kembali kepada ketetapan hati.
Sesungguhnya dimensi akal ini amat terhad sehingga ia perlukan sesuatu dalil atau pendapat untuk bersandar dan untuk mempertahankan hujah dan pendapat dari dalam dimensinya dan jika pendapat atau sesuatu dalil itu tidak dapat mempertahankan hujah dan pendapatnya maka ia(akal) kembali kepada kekuasaan Allah s.w.t dengan memakai pejalanan hati.
Akhir kata, penulisan ini bukanlah untuk meremehkan akal tetapi untuk mengajak pembaca untuk keluar dari dimensi akal yang terhad ini kepada dimensi yang lebih luas. Kata orang tua jika malu bertanya maka akan sesat jalan, maka seperti itulah akal memerlukan hati agar tidak tersesat didalam dimensinya sahaja. 
Sesungguhnya umat Islam amatlah bertuah kerana setiap dari kita memiliki akal hati iaitu tempat bernaungnya agama tetapi sayangnya separuh dari kita banyak menggunakan pendapat akal semata-mata sehinggakan menafikan kewujudan akal hati.
Gunakanlah sebaik mungkin pemberian-pemberian Allah s.w.t kepada kita. Pandanglah seluas-luas yang mungkin dan jika terhalangnya pandangan itu maka kembalilah kepada keyakinan(hati). Berusahalah untuk mengimankan akal agar ia tidak bersekutu dengan nafsu untuk mengotori hati. Tundukkanlah akal kepada ketentuan dan bukannya kepada kelogikkan. Satukanlah akal dengan hati supaya ia(akal) kembali kepada pengakuan “aku adalah hamba-Mu dan Engkau adalah Tuhanku”.  Jangan membiarkan dimensi akal memenjarakan kita.

Wednesday, September 15, 2010

BICARA HATIM AL-ASHAMM DAN GURUNYA SYAQIQ AL-BALAKHI

0 comments
Syaqiq: Sejak lama mana engkau bersamaku?.

Hatim : Tiga puluh tiga tahun.

Syaqiq : Apakah yang engkau pelajari selama itu?

Hatim : Lapan masalah.

Syaqiq : Innaalillaahi wa innaa ilaihiraaji’unn. Terbuang saha umurku bersamamu dan engkau tidak pelajari kecuali lapan masalah sahaja?.

Hatim : Wahai guruku. Aku tidak pelajari yang lain dan aku tidak ingin berdusta.

Syaqiq : Terangkan masalah yang lapan itu supaya aku dengar.

Hatim : Aku memandang makhluk ini, maka aku melihat masing-masing mempunyai kekasih dan ingin bersama dengan kekasihnya samapi ke kubur. Maka apabila telah sampai ke kubur nescaya ia berpisah dengan kekasihnya itu. Maka aku mengambil perbuatanyang baik menjadi kekasihku. Maka apabila aku masuk kubur, masuk pulalah kekasihku bersamaku.

Syaqiq : Benar sekali dan yang kedua?

Hatim : Aku perhatikan firman Allah s.w.t

 “Dan ada pun orang yang takut dihadapan kebesaran Tuhannya dan menahan jiwanya dari keinginan yang rendah (hawa nafsu), maka sesungguhnya taman (syurga) tempat kediamannya”.        [ Surah An-Nazi’at 40-41]

Maka yakinlah aku bahawa firman Allah s.w.t itu benar. Lalu aku perjuangkan diriku menolak hawa nafsu itu sehingga tetaplah aku taat kepada Allah s.w.t

Yang ketiga, aku memandang kepada makhluk ini maka aku melihat bahawa tiap-tiap orang yang ada padanya sesuatu benda, menghargai, menilai dan memeliharai benda itu. Kemudin aku perhatikan firman Allah s.w.t

“Apa yang disisi kamu itu akan hilang tetapi apa yang disisi Allah s.w.t itulah yang kekal”. [Surah An-Nahl 96] 

Maka tiap kali jatuh kedalam tanganku sesuatu yang berharga dan bernilai, lalu kuhadapkan kepada Allah s.w.t semoga kekal terpelihara pada sisi-Nya.

Yang keempat, aku memandang makhluk ini maka aku melihat masing-masing mereka kembali kepada harta, kebangsawanan, kemuliaan dan keturunan. Lalu aku memandang semuanya itu, tiba-tiba Nampak tiada apa-apa. Kemudaian aku perhatikan firman Allah .s.w.t

“Yang termulia dari kamu pada sisi Allah s.w.t ialah kuat taqwanya (baktinya)”. [Surah Al-Hujurat 13]
Maka berbuat takwalah aku sehingga adalah aku menjadi orang yang mulia di sisi Allah s.w.t

Yang kelima, aku memandang kepada makhluk ini dimana mereka itu tusuk-menusuk satu sama lain, kutuk-mengutuk satu sama lain. Dan asal ini semuanya ialah dengki. Kemudian aku perhatikan firman Allah s.w.t

“Kamilah yang membagi-bagikan penghidupan diantara mereka dalam kehidupan didunia ini”. [Surah Az-Zukhruf 32]

Maka aku tinggalkan dengki itu. Dan aku jauhkan diri dari orang banyak. Dan aku tahu bahawa pembahagian rezeki itu adalah dari sisi Allah s.w.t maka aku tinggalkan permusuhan orang banyak dariku.
Yang keeanam, aku memandang kepada makhluk ini, berbuat kederhakaan satu sama lain dan berperang satu sama lain.
Maka aku kembali kepada firman Allah s.w.t

“Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu. Sebab itu perlakukanlah dia sebagai musuh”. [Surah Al-Fathir 6]

Maka aku pandang syaitan itu musuhku satu-satunya dan dengan sungguh-sungguh aku berhati-hati dari padanya kerana Allah s.w.t mengaku bahawa syaitan itu musihku dan aku tinggalkan permusuhan makhluk dengan lainnya.

Yang ketujuh, aku memandang kepada makhluk ini maka aku melihat masing-masing mencari sepotong dari dunia ini. Lalu ia menghinakan diri padanya dan ia masuk pada yang tidak halal darinya. Kemudia aku perhatikan firman Allah s.w.t

“Dan tidak adalah yang merangkak di bumi ini melainkan rezekinya pada Allah s.w.t”. [Surah Hud 6]
Maka tahulah aku bahawa aku ini salah satu dari yang merangkak, yang rezekinya pada Allah s.w.t . Dari itu aku kerjakan apa yang menajadi hak Allah s.w.t atasku dan aku tinggalkan yang menjadi hakku pada sisi-Nya.

Yang kelapan, aku memandang kepada makhluk ini maka aku melihat masing-masing mereka bersandar kepada makhluk. Yang ini kepada bendanya, yang itu kepada perniagaannya, yang itu kepada perusahaanya dan yang itu lagi kepada kesihatan badannya. Dan masing-masing itu bersandar kepada makhluk seperti dia.

Lalu aku kembali kepada firman Allah s.w.t

“Dan barang siapa menyandarkan dirinya kepada Allah s.w.t maka Allah s.w.t mencukupkan keperluannya”. [Surah Ath-Thalaq 3]

Maka akupun menyandarkan diriku (bertawakal) kepada Allah s.w.t dan Allah s.w.t mencukupkan keperluanku.

Syaqiq : Wahai Hatim. Kiranya Allah s.w.t memberikan taifiq kepadamu. Aku telah memperhatikan segala ilmu pengetahuan Turat, Injil , Zabur dan Al-Quran yang mulia, maka aku peroleh bahawa segala macam kebajikan dan keagamaan berkisar diatas lapan masalah tersebut. Barang siapa memakainya maka bererti dia telah memakai empat kitab itu.

[Petikan daripada IHYA’ ULUMIDDIN karangan IMAN GHAZALI]


Monday, September 13, 2010

PENDEDAHAN TERBARU MUSLIHAT KAUM KAFIR

2 comments


“Jika matahari telah terbit dari arah barat dan orang-orang melihatnya, maka mereka semua beriman. Pada saat itu iman seseorang tidak lagi berguna untuk dirinya selama dia belum beriman sebelumnya atau memperoleh kebaikan dalam imannya.” (HR. al-Bukhari 7/190 dan Muslim 157)

Dibawah ini adalah salinan email dari pada seorang sahabat yang menceritakan dan mendedahkan muslihat kaum kafir untuk menjatuhkan Islam dengan mengunakan kepercayaan umat Islam atau erti kata lainnya dengan membenarkan kepercayaan umat Islam tentang tanda kiamat (terbitnya matahari disebelah barat).
P/S : Email ini telah diubahsuaikan untuk merahsiakan sesetengah nama dan pekara yang perlu dirahsiakan untuk memastikan keselamatan sesetengah pihak.
Assalammualaikum ..
Sahabatku , 3 hari yang lepas aku menerima kedatangan Dr. C bersama sahabatnya dan Dr. C memintaku menyampaikan salamnya kepadamu.
Kedatangan Dr. C bersama sahabatnya kali ini dengan satu pendedahan yang terbaru dan beliau meminta aku menyampaikannya kepadamu.
Dr. C memberitahuku bahawa kumpulan-kumpulan sulit kafir telah membuat perancangan yang baru bagi memesongkan pandangan umat Islam. Perancangan yang terbaru ini agak tersusun dan agak berlainan dari perancangan-perancangan yang sebelumnya terdahulu. Motif utama perancangan ini adalah untuk menjatuhkan umat Islam dari segi ekonomi atau erti kata lainnya memutuskan umat Islam terhadap dunia.
Kumpulan ini telah menggunakan beberapa saluran untuk kononnya ‘membenarkan’ kepercayaan umat Islam tentang tanda kiamat iaitu terbitnya matahari disebelah barat.
Sesungguhnya tanda-tanda kiamat adalah benar dan tanda terbitnya matahari disebelah barat juga benar tetapi tarikh berlakunya adalah rahsia Allah s.w.t. Kepercayaan kaum kafir terhadap tanda-tanda kiamat merupakan satu hikmat tetapi mereka (kumpulan sulit) telah mentarikhkan tanda kiamat itu.
Tujuan mereka mentarikhkan tanda kiamat itu adalah bertujuan untuk mematikan usaha umat Islam terhadap kehidupan dunia kerana mereka mengetahui apabila umat Islam mengetahui tarikh berlakunya tanda kiamat yang besar itu pastinya umat Islam akan memberikan tumpuan 100% kepada amalan agama dan pastinya umat islam akan meninggalkan 100% kehidupan dunia mereka dan ini pastikan akan menjatuhkan ekonomi umat Islam dan membuatkan umat Islam kembali mundur.
Apabila umat Islam kembali mundur maka mereka akan bertindak ke atas umat Islam dengan menyeluruh dan seterusnya melengkapkan perancangan yang telah mereka aturkan sejak sekian lama dahulu.
Perancangan jahat ini telah bermula dengan pengakuan dan pertemuan yang dilakukan oleh saintis-saintis barat tentang kebenaran tanda kiamat. Perancangan jahat ini dilakukan adalah sebagai pelan backup terhadap pelan-pelan yang gagal mendapatkan hasil seperti movie tentang kiamat dan video-video clip yang mereka sebarkan melalui youtube, facebook dan sebagainya.
Dr. C juga memberitahu bahawa pihak kafir juga mewujudkan pelbagai page di Facebook yang berlandaskan Islam tetapi pada dasarnya adalah untuk melagakan dan memecahkan umat Islam. Sekarang ini pihak kafir sedang giat mengkaji Hadis-hadis dan Al-Quran untuk dijadikan senjata untuk memusnahkan umat Islam.
Setakat ini sahaja yang aku sampaikan dan semoga pendedahan yang tidak seberapa lebar ini dapat membuka mata umat Islam.

Sunday, September 12, 2010

Rasiskah Kita? -Siri 2-

0 comments
Penulis mohon maaf jika penulis kurang menulis artikel berkenaan sejarah Melayu (sebagaimana komen beberapa pembaca dalam emel) akhir-akhir ini. Namun begitu, penulis ingin jelaskan blog ini membicarakan berkenaan dengan sejarah dan politik Melayu, khususnya bagi memberi penjelasan kepada beberapa isu yang dilihat menghentam bangsa dan Agama Islam. Terutamanya apabila penulis melihat terdapat ramai blogger yang tidak mampu mematahkan hujah daripada puak-puak Ultra-Kiasu yang bertindak menyerang Melayu dan Islam berdasarkan fakta-fakta yang dirasakan tepat oleh mereka.

Kali ini, penulis ingin berbicara pula mengenai usaha puak-puak Ultra-Kiasu untuk menunjukkan keadilan berdasarkan prinsip kesamarataan dalam hal berkaitan isu papan tanda jalan. Mungkin isu ini sudah dianggap lapuk, tetapi penting bagi penulis untuk menyiarkannya bagi memberikan gambaran realiti sikap bertolak ansur yang telah lama diamalkan di negara kita sebelum diporakperandakan oleh puak-puak Ultra-Kiasu ini.





Bagi puak Ultra-Kiasu, meletakkan tulisan Jawi pada papan tanda jalan merupakan satu diskriminasi kerana hanya menonjolkan imej Melayu. Selaras dengan prinsip kesamarataan yang diperjuangkan mereka, maka tulisan Mandarin dan Tamil perlu disertakan dalam papan tanda jalan bagi menggambarkan kepelbagaian kaum yang wujud di semenanjung Malaysia.





Komen penulis, dalam Islam, keadilan bukanlah semata-mata berkaitan dengan kesamarataan. Keadilan bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya (bagi pembaca yang arif tentang agama, pohon betulkan jika penulis tersilap). Orang-orang Melayu telah membuat pengorbanan besar dengan menggunapakai tulisan rumi disamping tulisan Jawi bagi pengunaan bahasa Melayu yang diharap dapat dijadikan sebagai faktor perpaduan seluruh rakyat negara kita. Namun begitu, tulisan jawi masih dikekalkan pada papan tanda jalan kerana sewaktu awal kemerdekaan, masih ramai Orang Melayu membaca dalam tulisan Jawi, disamping faktor warisan sejarah yang penulis rasakan tidak ada salahnya untuk dikekalkan.

Jika meletakkan tulisan Jawi pada papan tanda jalan pun dianggap rasis, maka mari penulis bawa para pembaca termasuklah puak-puak Ultra-Kiasu ini ke Bandar Sibu di Sarawak. Cuba lihat papan-papan tanda jalan di seluruh bandar ini, dan lihat tulisan dalam bahasa apakah yang terpampang di papan-papan tanda jalan ini. Mengapakah puak Ultra-Kiasu selepas memenangi pilihanraya Bandar Sibu tidak pula sibuk untuk mengecam papan-papan tanda jalan di Bandar ini sebagaimana di semenanjung? Pernah satu komen dari puak Ultra-Kiasu yang mempertikaikan adakah selepas berpuluh tahun merdeka, masyarakat Melayu masih tidak pandai membaca tulisan rumi hingga terpaksa meletakkan tulisan jawi pada papan tanda jalan di semenanjung. Maka di sini, penulis ingin pulangkan kembali soalan ini kepada komentar Ultra-Kiasu tersebut berhubung dengan papan tanda jalan di Bandar Sibu ini.





Tidak pernah terdetik dalam hati masyarakat pribumi di Bandar Sibu ini, sama ada Dayak, Melanau, mahupun Melayu, untuk mempertikaikan tulisan Cina yang dipaparkan dalam papan tanda jalan di Bandar ini. Kerana mereka menghormati realiti bandar ini yang majoriti penduduknya berketurunan Cina Foochow, biarpun merekalah sebenarnya penduduk asal yang telah menetap jauh lebih lama sebelum kehadiran kaum Cina Foochow di sini. Tapi adakah mereka menghormati sikap bertolak ansur yang telah ditunjukkan oleh kaum-kaum pribumi di sini? Selepas puak Ultra-Kiasu memenangi kerusi Parlimen Sibu, United Chinese Association (UCA) di Sibu telah memulakan usaha untuk menukar nama Sibu kepada nama Cina iaitu Shi Wu, sedangkan nama Sibu diambil daripada nama sejenis buah iaitu buah Sibau yang dikenali oleh penduduk pribumi tempatan dan telah digunakan sejak ratusan tahun dahulu.

Kecuali beberapa nama jalan yang mengabadikan nama tokoh penjajah di Ibukota serta beberapa nama tempat yang membawa maksud tidak baik di seluruh negara, tidak pernah Kerajaan, sama ada BN mahupun PAS, terdetik untuk menukar nama-nama bandar utama di negara kita kepada nama berunsur keMelayuan. Lihat sahaja Georgetown dan Cameron Highland sebagai contoh. Jadi, apakah faktor yang menyebabkan puak-puak Ultra-Kiasu ini bersungguh-sungguh mahu menukar nama Bandar yang dihuni majoriti penduduk Tionghua kepada nama Cina biarpun membawa maksud yang tidak baik?

Penulis juga tidak mahu ketinggalan untuk mengucapkan tahniah kepada pihak Polis Di Raja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri kerana seperti biasa, melepaskan individu yang telah terang-terangan menghina Melayu dan ajaran Islam. Maka hasilnya amat memberansangkan. Kita kita tidak lagi sukar untuk menemui penduduk tempatan yang secara terus terang bukan setakat berani mencaci Melayu, malahan menghina Allah (Nauzubillah).














Kepada segelintir pembaca yang masih terkongkong dengan sentimen UMNO-PAS-PKR, teruskanlah perselisihan kalian. Tak perlu ambil peduli tentang penghinaan kepada Islam ini. Kerana jika dibuat laporan polis pun, mereka akan dilepaskan atas alasan masih tidak matang. Lebih baik kalian sibuk mencari kesalahan parti lawan yang sebangsa dan seagama seperti biasa.

Copy : http://ibnurusydi.blogspot.com/2010/09/rasiskah-kita-siri-2.html

Rasiskah Kita? -Siri 1-

0 comments
Wajarkah jika kita terus menyalahkan seseorang yang telah dituduh atas satu kesalahan yang belum dibuktikan kebenarannya? Itulah yang berlegar di kepala penulis apabila melayari beberapa laman sesawang beberapa hari sebelum kita menyambut Hari Kebangsaan pada minggu hadapan. Boleh dikatakan amat kurang sekali laman yang membicarakan mengenai perpaduan dan semangat untuk menyambut Hari Kebangsaan. Kebanyakannya, terutamanya blog yang cenderung kepada Ultra Kiasu, lebih banyak membicarakan (atau lebih tepat, menghentam, menghina dan mencerca tanpa usul periksa) mengenai isu seorang Pengetua cemerlang di sebuah sekolah di selatan tanah air yang didakwa telah menghamburkan kata-kata kesat berunsur perkauman kepada para pelajarnya.

Apa yang penulis kesalkan, ianya hanya bersandarkan kepada laporan polis yang dibuat oleh seorang pelajar berumur 16 tahun dengan disokong oleh tangan-tangan ghaib dibelakangnya yang belum dapat dipastikan kesahihan dakwaan tersebut kerana siasatan masih berjalan.





Tetapi pada masa yang sama, kebanyakan komen-komen dari Ultra Kiasu ini berubah apabila membicarakan mengenai seorang rapper yang pernah menghina seluruh rakyat dengan mempermain-mainkan lagu Negaraku (tak tahulah jika mereka anggap lagu Negaraku ni milik orang Melayu sahaja) dan lebih teruk, menghina Islam dalam lirik lagu yang digubahnya. Rapper ini kemudian meminta maaf sekadar untuk memenuhi tuntutan, dan kemudiannya kerana tidak dijatuhkan sebarang hukuman, dia terus bebas dan terus bangga menghina Bangsa Melayu dan Islam. Bagi puak Ultra Kiasu, inilah contoh kebebasan bersuara yang patut ada dan menyanjung tinggi keberanian rapper tersebut. Adakah gejala ala Islamophobia (Baca : Malayophobia) dan Anti-Semitik (Baca : Anti-Sino) dah menular dalam negara kita? Kalau satu pihak menghina, dikecam melangit. Tapi jika satu pihak lain yang buat, dikatanya hak asasi dan kebebasan???








Penulis berasa amat kesal kerana terpaksa mengeluarkan artikel ini disaat kita semua sepatutnya bersatu untuk menyambut Hari Kebangsaan. Namun tidak mengapa, penulis yakin Kementerian Dalam Negeri pasti akan mengambil tindakan, ya, macam biasa, tindakan untuk SEKADAR MEMBERI AMARAN KERAS. Hasilnya??? inilah yang boleh kita jumpa dalam laman-laman sosial milik rakyat tempatan.





























Siapakah harapan kita untuk mempertahankan maruah agama dan bangsa kita???

Parti Keris??? Oh, kita kena jaga sensitiviti antara kaum. Tindakan kena berhati-hati, jangan bagi nampak rasis. Jika tidak, undi kita akan merosot.

Parti Bulan??? Oh, hal bangsa ni nombor dua. Semangat kebangsaan ni semua Asabiyah, sesat. Lagipun nanti takut ada parti lain marah, pakatan kita akan hancur semula.

Parti Mata Dajal??? Lagi la tak payah harap apa-apa.



Hanya ada satu tempat sahaja di negara kita yang penulis rasakan boleh jumpa perpaduan antara kaum yang tulen di satu kawasan kejiranan yang sama.

Nak tahu di mana?


...........................

.......................

...................

...........

.....


Di TV9!!!!







Copy : http://ibnurusydi.blogspot.com/2010/08/rasiskah-kita.html