Syaqiq: Sejak lama mana engkau bersamaku?.
Hatim : Tiga puluh tiga tahun.
Syaqiq : Apakah yang engkau pelajari selama itu?
Hatim : Lapan masalah.
Syaqiq : Innaalillaahi wa innaa ilaihiraaji’unn. Terbuang saha umurku bersamamu dan engkau tidak pelajari kecuali lapan masalah sahaja?.
Hatim : Wahai guruku. Aku tidak pelajari yang lain dan aku tidak ingin berdusta.
Syaqiq : Terangkan masalah yang lapan itu supaya aku dengar.
Hatim : Aku memandang makhluk ini, maka aku melihat masing-masing mempunyai kekasih dan ingin bersama dengan kekasihnya samapi ke kubur. Maka apabila telah sampai ke kubur nescaya ia berpisah dengan kekasihnya itu. Maka aku mengambil perbuatanyang baik menjadi kekasihku. Maka apabila aku masuk kubur, masuk pulalah kekasihku bersamaku.
Syaqiq : Benar sekali dan yang kedua?
Hatim : Aku perhatikan firman Allah s.w.t
“Dan ada pun orang yang takut dihadapan kebesaran Tuhannya dan menahan jiwanya dari keinginan yang rendah (hawa nafsu), maka sesungguhnya taman (syurga) tempat kediamannya”. [ Surah An-Nazi’at 40-41]
Maka yakinlah aku bahawa firman Allah s.w.t itu benar. Lalu aku perjuangkan diriku menolak hawa nafsu itu sehingga tetaplah aku taat kepada Allah s.w.t
Yang ketiga, aku memandang kepada makhluk ini maka aku melihat bahawa tiap-tiap orang yang ada padanya sesuatu benda, menghargai, menilai dan memeliharai benda itu. Kemudin aku perhatikan firman Allah s.w.t
“Apa yang disisi kamu itu akan hilang tetapi apa yang disisi Allah s.w.t itulah yang kekal”. [Surah An-Nahl 96]
Maka tiap kali jatuh kedalam tanganku sesuatu yang berharga dan bernilai, lalu kuhadapkan kepada Allah s.w.t semoga kekal terpelihara pada sisi-Nya.
Yang keempat, aku memandang makhluk ini maka aku melihat masing-masing mereka kembali kepada harta, kebangsawanan, kemuliaan dan keturunan. Lalu aku memandang semuanya itu, tiba-tiba Nampak tiada apa-apa. Kemudaian aku perhatikan firman Allah .s.w.t
“Yang termulia dari kamu pada sisi Allah s.w.t ialah kuat taqwanya (baktinya)”. [Surah Al-Hujurat 13]
Maka berbuat takwalah aku sehingga adalah aku menjadi orang yang mulia di sisi Allah s.w.t
Yang kelima, aku memandang kepada makhluk ini dimana mereka itu tusuk-menusuk satu sama lain, kutuk-mengutuk satu sama lain. Dan asal ini semuanya ialah dengki. Kemudian aku perhatikan firman Allah s.w.t
“Kamilah yang membagi-bagikan penghidupan diantara mereka dalam kehidupan didunia ini”. [Surah Az-Zukhruf 32]
Maka aku tinggalkan dengki itu. Dan aku jauhkan diri dari orang banyak. Dan aku tahu bahawa pembahagian rezeki itu adalah dari sisi Allah s.w.t maka aku tinggalkan permusuhan orang banyak dariku.
Yang keeanam, aku memandang kepada makhluk ini, berbuat kederhakaan satu sama lain dan berperang satu sama lain.
Maka aku kembali kepada firman Allah s.w.t
“Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu. Sebab itu perlakukanlah dia sebagai musuh”. [Surah Al-Fathir 6]
Maka aku pandang syaitan itu musuhku satu-satunya dan dengan sungguh-sungguh aku berhati-hati dari padanya kerana Allah s.w.t mengaku bahawa syaitan itu musihku dan aku tinggalkan permusuhan makhluk dengan lainnya.
Yang ketujuh, aku memandang kepada makhluk ini maka aku melihat masing-masing mencari sepotong dari dunia ini. Lalu ia menghinakan diri padanya dan ia masuk pada yang tidak halal darinya. Kemudia aku perhatikan firman Allah s.w.t
“Dan tidak adalah yang merangkak di bumi ini melainkan rezekinya pada Allah s.w.t”. [Surah Hud 6]
Maka tahulah aku bahawa aku ini salah satu dari yang merangkak, yang rezekinya pada Allah s.w.t . Dari itu aku kerjakan apa yang menajadi hak Allah s.w.t atasku dan aku tinggalkan yang menjadi hakku pada sisi-Nya.
Yang kelapan, aku memandang kepada makhluk ini maka aku melihat masing-masing mereka bersandar kepada makhluk. Yang ini kepada bendanya, yang itu kepada perniagaannya, yang itu kepada perusahaanya dan yang itu lagi kepada kesihatan badannya. Dan masing-masing itu bersandar kepada makhluk seperti dia.
Lalu aku kembali kepada firman Allah s.w.t
“Dan barang siapa menyandarkan dirinya kepada Allah s.w.t maka Allah s.w.t mencukupkan keperluannya”. [Surah Ath-Thalaq 3]
Maka akupun menyandarkan diriku (bertawakal) kepada Allah s.w.t dan Allah s.w.t mencukupkan keperluanku.
Syaqiq : Wahai Hatim. Kiranya Allah s.w.t memberikan taifiq kepadamu. Aku telah memperhatikan segala ilmu pengetahuan Turat, Injil , Zabur dan Al-Quran yang mulia, maka aku peroleh bahawa segala macam kebajikan dan keagamaan berkisar diatas lapan masalah tersebut. Barang siapa memakainya maka bererti dia telah memakai empat kitab itu.
[Petikan daripada IHYA’ ULUMIDDIN karangan IMAN GHAZALI]
0 comments:
Post a Comment