Friday, July 2, 2010

Nasihat Dari Seorang Sahabat [Tentang Hati]..


Pada petang itu, suasana  cukup tenang, ombak laut tiada menghempas pantai bagaikan sedang menanti sepertiku dan angin pula bertiup lembut ... Jam ditangan tepat menunjukkan pukul 4 .. Dari jauh tersenyum sahabat yang aku nantikan ... Dia memang seorang yang berpegang pada janjinya ....

Selepas menjawab salam dan bersalaman dengannya, dia duduk disebelah kiriku sepertimana selalunya ... Seperti biasa dia hanya diam bagaikan memikirkan sesuatu ... pandangannya jauh kelautan yang terbentang luas, aku hanya berdiam, berharap dapat mempelajari sesuatu dan memahami pekara yang baru ....

Selepas beberapa minit berdiam diri, sahabatku mula berbicara ..."Lautan tenang tidak bergelora tapi tetap beralun, berzikir kepada Allah tetapi aku sentiasa lalai dalam mengingati Allah ... sesungguhnya Yang Nyata itu Allah, yang tidak nyata itu alam, yang terhijab itu manusia dan yang dihijab itu hati ..."

Suasana kembali sunyi ... pandangannya kembali kelautan yang terbentang luas ... terukir senyuman dibibirnya tapi jelas wajahnya menunjukkan seperti dia memikirkan sesuatu yang amat dalam untuk aku fahami ..

Sahabatku berkata kembali ..."Lihat pasangan kekasih itu, apa pandanganmu terhadap mereka?" Belum sempat aku menjawab, dia telah memintas kata-kataku, bagaikan dia ketahui apa yang ingin aku katakan, katanya ..."Pertama sekali adalah hati, kau terpandang atau memandang apapun kelakuan kehidupan tapi diamkanlah hatimu dari berkata-kata sesuatu yang merugikan kerana dihijabnya hati iyu adalah disebabkan dosa ..."
Katanya lagi ..."Sesungguhnya hati membenarkan apa yang benar dilihatnya dan sememangnya kelakuan mereka dosa tapi apa yang aku bimbangkan adalah kata-kata yang akan terkeluar akibat daripada kebencian kepada kelakuan mereka itu dan bagiku adalah lebih baik diam dan mengalihkan pandangan ke arah lain, kerana walaupun kita berniat baik untuk menegur, samada teguran didalam hati mahupun teguran berdepan dengan mereka kebiasaannya akan menimbulkan dosa bagi kita pula .."
 Aku bertanya ..."Mengapa begitu?"
Jawabnya ..."Pertamanya, adakah soalan aku tadi tentang pandanganmu pada mereka akan kau jawab hanya perkataan 'dosa' ataupun perkataan 'dosa' itu akan disusuli oleh perkataan-perkataan lain yang boleh membuatkan dan menimbulkan dosa bagi kau pula? .."
Aku terdiam, kerana sememangnya selepas mengatakan 'berdosa' pastinya aku akan mengatakan bahawa pasangan itu "tiada dan tidak tahu agama"  dfan mungkin banyak lagi perkataan yang akan menyusuli perkataan 'berdosa' itu ... sesungguhnya benar kata sahabatku, ia membuatkan dan menimbulkan dosa bagi aku pula ...

Sambungnya lagi ..."Keduanya, jika kau pergi menegur mereka dengan baik dan niat yang baik tapi tiba-tiba mereka melawan kau balik, adakah kau mampu bersabar ataupun kau melawan balik dan mungkin dengan kata-kata yang menyakiti hati mereka ... bukankah itu akan mendatangkan dosa? .."
 Sememngnya benar kata-kata sahabatku itu. Pengetiannya amat dalam dan halus ...

Sambungnya lagi .."Sahabatku, sesungguhnya jika ammarah itu dapat dikawal maka pergilah berdepan dengan tapi aku khuatiri kerana teguran didalam hati kita sendiri boleh menimbulkan dosa inikan pula berbicara dangan lidah yang sememangnya banyak dikuasai nafsu" ...
Sesungguhnya pengetian sahabatku amat halus sekali sehinggakan tidak tercapai oleh pemahaman aku ...

Aku bertanya kepada sahabatku ..."Apakah yang perlu aku lakukan? .."
Jawabnya ..."Sahabatku, ikhlaskan hatimu" ..
Sambungnya lagi ..."Sahabatku, sesungguhnya rosaknya manusia itu kerana hatinya dan gagalnya manusia itu didunia dan diakhirat juga kerana hatinya ... kau harus akui Haq Allah dengan hatimu dan bukannya dengan lidahmu sshaja, kau harus ikhlaskan hatimu kepada Allah ..."
Sambungnya lagi .."Sahabatku, jangan kau berjual beli dengan Allah sepertimana yang dilakukan oleh orang sekarang dan ustaz serta ustazah sekarang kerana ianya akan membuatkan hatimu kotor, sesungguhnya kita hamba-Nya maka letakkanlah kita pada tempat seorang hamba yang tulin dan bukannya tempat hamba yang separuh mahupun peniaga ..."
 "Bagaimanakah hendak aku ikhlaskan hatiku dan meletakkan diriku pada tempat seorang hamba yang tulin dan apakah maksudmu dengan berjual beli?" ... soalku
Jawabnya ..."Jaga hubunganmu dengan Allah, berhati-hati didalam berdoa" ..
Sambungnya lagi ..."Dan maksudku dengan berjual beli adalah, jangan kau mengharapkan balasan pahala dan syurga diatas setiap pekara amal yang kau lakukan kerana ia membuatkan kau tidak ikhlas .. Barang siapa beriman kepada Allah maka ia tidak takut akan pengurangan pahala dan tidak akan menambah dosa dan kesalahan (Surah Al-Jin ayat 13) .."
"Apakah pula maksudmu dengan berhati-hati didalam berdoa dan menjaga hubungan dengan Allah .." soalku ..
Jawabnya ..."Apakah baik seseorang yang mengakui hamba tapi menagih janji dari Allah? Apakah mereka sangsi terhadap janji Allah? Dalam soal menjaga hubungan dengan Allah adalah maksudku ialah bersangka baik terhadap Allah dalam apa keadaan sekalipun ..."
Sambungnya lagi ..."Sahabatku, apa yang aku bicarakan kepadamu adalah antara cara-cara yang termudah untuk kau mendidik hatimu supaya ikhlas terhadap Allah ..."

Tamat .. sesungguhnya masih panjang lagi perbualan aku dengan dia tetapi ada sesetengah bicara yang tidak dapat aku tuliskan disini kerana bagi pendapat aku ianya tidak sesuai untuk tatapan orang awam ...


 

0 comments:

Post a Comment