Saturday, July 17, 2010

Agama, Ketuanan Dan Bangsa Melayu


Satu demi satu zaman telah berlalu pergi dengan meninggalkan 1001 cerita sejarah tentang jatuh bangun bangsa Melayu ..

Zaman ini Tanah Melayu atau logonya Malaysia msih lagi bertuankan bangsa Melayu tetapi adakah ianya akan terus kekal merentasi zaman-zaman yang akan datang kelak? Mungkin ya dan mungkin juga sebaliknya.

Pada hari ini agenda Melayu masih lagi terus dimainkan dan diperjuangkan, tetapi ianya hanya pada luarannya sahaja kerana pada dalamannya tiada apa-apa yang diperjuangkan kerana luarannya hanya demi nama, kedudukan dan kesenangan, itulah realitinya, malahan agenda Melayu pada hari ini bagaikan telah terkambus dengan kewujudan agenda 1Malaysia.

Sememangnya tidak dinafikan bahawa bangsa Melayu sekarang lebih maju dari zaman-zaman dahulu tetapi kemegahannya Melayu itu sudah tiada pada zaman ini. Melayu pada zaman ini rapuh dan tiada erti dan isi pada dalamannya. Melayu itu kosong dan itu hakikat yang benar ...

Ada yag berkata ..."Melayu itu berpecah pada zahirnya tetapi bersatu pada batinnya ..."
 Benarkah begitu? Aku berharap ianya benar tetapi jauh disudut hati ini terasa sangsi dengan kata-kata itu ...

Melayu sekarang telah banyak kehilangan erti dan isi dalamannya, dan yang paling ketara sekali pada zaman ini adalah agamanya ...

Pokoknya terlalu mudah, Melayu itu telah hilang puncanya. Melayu telah disihir sehingga lalai dan hilang nilai-nilainya ..

Semakin maju negara semakin teruk dan rosak Melayu itu. Lihat sahaja pada peruntukan-peruntukan besar kerajaan, kebanyakannya adalah untuk memajukan negara tetapi bukannya untuk memajukan dan membaik pulih moral Melayu yag telah rosak ...

Hakikat ini telah jelas kelihatan. Remaja-remaja Melayu sekarang ini tiada lagi moral dan nilai-nilai agama yang jelas, ianya telah jelas kelihatan terutamanya apabila kita melihat lagak dan kelakuan mereka pada dewasa ini ..

Dimana tanggungjawab kerajaan? Dimana peruntukan-peruntukannya? Apakah ini difikirkan pekara biasa dan pengobanan yang perlu dan seiring dengan kemajuan negara pada hari ini?

Lihat sahaja pada laman yang terkenal seperti Facebook, bagaimana gaya remaja Melayu sekarang? Cra pemikiran mereka? Gambar-gambar mereka? Terlalu ketara kerosakan yang dialamai remaja sekarang. Itu baru didunia maya, bagaimana pula didunia yang sebenar?

Tidakkah itu semua mencerminkan ketandusan dan keroakan moral mereka? Bukan sahaja di Facebook tetapi banyak lagi laman-laman lain yang apabila kita lihat, kita dapat ketahui dengan jelas kerosakan yang berlaku pada dewasa ini ...

Kewujudan mereka dilaman-laman tersebut telah jelas menunjukkan bahawa mereka adalah golongan yang berpendidikan dan kebanyakannya menuntut di IPT. Ini jelas menunnjukkan bahawa cerdik pandai dan bakal pelapis kita kelak telah mengalami kerosakan yang teruk.

Dimanakah kesilapan kita pada hari ini? Adakah pekara-pekara ini tidak jelas kelihatan lagi atau kita membutakan mata demi kepentingan?

Kelak ketuanan Melayu itu akan hilang dan tergadai disebabkan oleh Melayu itu sendiri ..

Tokoh-tokoh dan ketua-ketua Melayu hanya memperjuangkan Melayu pada luarannya sahaja tnpa melihat kepada soal dalamannya dan luaran yag diperjuangkan mereka pula hanyalah demi kepentingan mereka sendiri ...

Pastinya ini akan memusnahkan Melayu itu sendiri dan kesempatan ini pasti akan diambil oleh pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan dan menundukkan Melayu ditanah sendiri ...

Tiada gunanya kewujudan parti-parti Melayu jika pekara ini tidak diperbetulkan. Parti yang berbangsakan Melayu tetapi sendiri bertelagah. Satu sibuk mengumpulkan kekayaan dan satu lagi sibuk untuk mencapai kejayaan. Kedua-duanya hanya dusta dan semakin merosakan sesuatu yang telah sedia rosak ..

Jika benar kedua-duanya memperjuangkan agama dan bangsa, maka perbetulkanlah apa yang rosak dan bukannya menambahkan kerosakan lagi ...

"Kalian berdusta dalam perjuangan kalian dan tidak akan aku sesekali memaafkannya ..."

0 comments:

Post a Comment